Paip pecah siap dibaiki hujung bulan ini, bukan sebulan - AKSB

Paip pecah siap dibaiki hujung bulan ini, bukan sebulan – AKSB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Paip saluran air mentah milik Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang pecah di Pulai Chondong, Machang sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air kepada lebih 32,000 akaun pengguna di tiga jajahan sejak Jumaat lalu dijangka siap dibaiki hujung bulan ini.

AKSB memberitahu, terdapat ralat dalam kenyataan bertulis yang diikongsikan di akaun Facebook rasmi agensi itu sejak dua hari lalu ini.

Kenyataan asal dikongsi sebelum ini memetik Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor sebagai berkata, kerja-kerja pembaikian paip yang pecah dijangka siap dalam masa sebulan.

“RALAT: Ayat sepatutnya adalah dijangka siap penghujung bulan ini, bukannya dalam masa sebulan,” katanya dalam kenyataan sama yang disunting semula petang ini.

Sementara itu, jurucakap AKSB ketika dihubungi mengesahkan terdapat pembetulan pada kenyataan rasmi itu namun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, kenyataan awal yang mengandungi ralat berkenaan dikatakan mengundang keresahan dan rungutan ramai pengguna yang terjejas, kerana mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan.

Beberapa portal berita turut melaporkan perkara itu sejak awal pagi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya