Makanan percuma 'Kantin Rakyat' bantu golongan terjejas - Utusan Malaysia

Makanan percuma ‘Kantin Rakyat’ bantu golongan terjejas

MOHD. Shaid Rosli (kanan) memberi makanan percuma secara pandu lalu kepada orang ramai di hadapan pejabat PKM DUN Jeram, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebuah ‘Kantin Rakyat’ akan diwujudkan di Bandar Puncak Alam di sini bagi memberi makanan percuma kepada golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli berkata, inisiatif itu hasil kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Menerusi kantin ini, kita menyediakan makanan secara percuma setiap hari iaitu pada sebelah tengah hari dan malam.

“Semua makanan ini dimasak di bangunan sama sebelum diedarkan kepada orang ramai secara pandu lalu,” katanya ketika ditemui pada program Kongsi Rezeki di hadapan PKM DUN Jeram di sini hari ini.

Pada program itu, sebanyak 500 bungkus nasi beriani diberikan secara percuma kepada penduduk setempat yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.