Lelaki samun warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki samun warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun bersenjata membabitkan seorang warga asing di Pandan Indah, Ampang dekat sini semalam.

Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 4.34 petang sebelum mengarahkan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) bertugas ke lokasi untuk tindakan awal.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, ketika kejadian mangsa sedang mencari kotak sebelum didatangi suspek yang memaklumkan di rumahnya ada banyak kotak.

“Ketika mangsa mahu masuk ke dalam pagar rumah, suspek mengacukan pisau seterusnya melarikan beg mangsa yang mengandungi wang tunai.

“Suspek berusia 32 tahun kemudian ditahan di tempat kejadian hasil maklumat awal yang diterima daripada orang awam. Turut dirampas, sebilah pisau dan wang tunai berjumlah RM53,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, suspek mempunyai lapan rekod jenayah antaranya berkaitan kes samun, pecah rumah, curi, ugutan jenayah, mencederakan dan dadah.

“Kes disiasat di bawah seksyen 392/397 Kanun Keseksaaan iaitu samun bersenjata yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya