Lelaki Orang Asli hilang ketika mencari ketam di paya bakau

Lelaki Orang Asli hilang ketika mencari ketam

OPERASI mencari dan menyelamat yang digerakkan untuk mencari seorang lelaki Orang Asli yang hilang di kawasan hutan paya bakau Sungai Boh, Gelang Patah, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki dari perkampungan Orang Asli Seletar di sini dikhuatiri hilang ketika keluar mencari ketam di kawasan hutan paya bakau Sungai Boh berhampiran muara laut di Gelang Patah, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Wangti Nad yang berusia dalam lingkungan 40-an berasal dari Kampung Orang Asli Simpang Arang.

Komander Operasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Shamsul Khomari Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.48 pagi hari ini.

Menurutnya, seramai lapan anggota berserta tiga jentera termasuk sebuah bot dihantar ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari.

“Mangsa keluar mencari ketam pada pukul 7 pagi semalam namun sehingga lewat petang dia didapati masih belum pulang sebelum isterinya memaklumkan kepada penduduk kampung untuk mencari dan hanya bot mangsa ditemukan.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai kemungkinan lemas atau tersesat di hutan paya bakau,” katanya di sini hari ini.

Tambah Shamsul Komari, operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia serta penduduk setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya