Lagi 785 ditahan ingkar SOP dengan 250 tidak memakai pelitup - Utusan Malaysia

Lagi 785 ditahan ingkar SOP dengan 250 tidak memakai pelitup

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 785 individu lagi ditahan semalam atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua mereka diberkas Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 45,346 pemeriksaan dengan meliputi pelbagai premis terdapat di seluruh negara.

 Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 765 dikompaun, 19 direman dan seorang dijamin dengan kes tertinggi 250 ditahan tidak memakai pelitup muka  

 “Ini diikuti tiada jarak fizikal (165), gagal sedia peralatan rekod butiran (137), premis dibuka lebih masa (38), rentas kawasan tanpa izin (31) dan lain-lain (164),” katanya melalui kenyataan.

Sejumlah 2,588 pasukan yang meliputi 12,020 anggota telah memantau sebanyak 3,591 pasar raya, 4,697 restoran, 1,604 penjaja, 1,320 kilang, 3,142 bank dan 540 pejabat kerajaan.

Juga dipantau semalam ujar beliau ialah sejumlah 922 terminal pengangkutan darat, manakala terminal pengangkutan air pula ialah 239 dan 64 lagi terminal pengangkutan udara.

Seramai 33 pendatang asing tanpa izin turut ditangkap melalui Operasi Benteng yang meliputi pelbagai agensi bagi kekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan Covid-19.

“Sebanyak empat kenderaan darat juga dirampas, manakala 428 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam bagi memastikan sempadan negara dapat dikawal ketat,” jelas Ismail Sabri.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sejumlah 66 operasi sanitasi awam juga dijalankan semalam merangkumi 31 zon merah, empat zon jingga, tiga zon kuning dan empat zon hijau

Sejak dibuat 30 Mac lalu, ia meliputi 3,002 pusat perniagaan, 1,730 kawasan perumahan, 3,059 tempat awam, 357 pasar raya dan 7,287 bangunan kerajaan sudah berjaya disanitasi.

Menyentuh kuarantin wajib ujarnya, sehingga kini seramai 8,346 individu pulang ke tanah air sedang menjalani proses itu, manakala 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Sejumlah 97,862 individu sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah menjalani kuarantin wajib di 81 buah hotel serta 15 institut latihan awam dan swasta seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) semalam telah memeriksa 12 tapak binaan dengan kesemuanya beroperasi dan didapati mematuhi SOP ditetapkan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 562 peruncit, 138 pemborong dan 29 pengilang.

Pegawai penguat kuasa kementerian itu juga melakukan 1,568 pemeriksaan khas pematuhan di seluruh negara dengan hanya empat premis yang diberi amaran kerana tidak patuh SOP.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya