Kolej TIC beri komputer riba, telefon pintar kepada pelajar - Utusan Malaysia

Kolej TIC beri komputer riba, telefon pintar kepada pelajar

AZAD Jasmi (tiga dari kiri) melihat telefon pintar jenis yang diterima salah seorang pelajar di kolej itu di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZAKI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kolej Antarabangsa Taj (TIC) mengambil inisiatif melestarikan pembelajaran dalam kebiasaan baharu menerusi pemberian komputer riba dan telefon pintar percuma kepada penuntutnya.

Pemberian komputer riba bersama data pelan internet 40GB itu adalah bagi pelajar diploma sesi ambilan 2020 dalam usaha membantu warga kampus ini mengikuti pembelajaran dalam talian.

Ini juga merupakan pemberian komputer riba dan telefon pintar percuma oleh pihak pengurusan kolej swasta kepada pelajarnya di negeri ini.

Pengarah Eksekutif TIC, Azad Jasmi berkata, TIC telah melakukan perubahan drastik apabila melihatkan kesan pandemik Covid-19 yang dibimbangi menyebabkan pengajian tergendala.

Menurut beliau, pada masa pemberian gajet tersebut bertujuan meringankan beban keluarga pelajar khususnya kategori B40.

“Selain komputer percuma TIC turut menyediakan peranti khas melalui kerjasama pelan data internet juga mendapat perhatian daripada Yayasan YTL (YES).

“Pelajar keluarga B40 menerima komputer riba manakala telefon pintar bagi pelajar keluarga M40 yang memerlukan peranti sesuai untuk belajar secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Pegawai Eksekutif TIC, Tina Tajuddin menyerahkan komputer riba dan telefon pintar percuma kepada 20 orang pelajar di kampus kolej tersebut di sini, hari ini.

Pemberian ini merupakan pakej khas kepada 200 pelajar yang berdaftar di TIC melibatkan perbelanjaan sebanyak RM200,000.

Mengulas lanjut kata Azad, TIC juga memperuntukkan pakej kepada 350 pelajar melalui skim pemberian serupa bagi sesi 2021.

“Bantuan ini akan dilaksanakan secara berterusan kerana kita masih tidak tahu bilakah pandemik Covid-19 ini akan kembali reda.

“Ambilan sesi seterusnya pada Mac 2021 dibuka sekarang dan mereka juga bakal menerima kemudahan sama bagi keperluan akses pembelajaran atas talian di rumah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya