Klinik Komuniti Taman Bukit Kempas tidak ditutup - Utusan Malaysia

Klinik Komuniti Taman Bukit Kempas tidak ditutup

JALALUDDIN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Penduduk sekitar Klinik Komuniti Taman Bukit Kempas, dekat sini boleh menarik nafas lega apabila perkhidmatan kesihatan berkenaan tidak ditutup operasinya seperti mana yang diputuskan pada Oktober tahun lalu.

Difahamkan, klinik berkenaan merupakan antara tiga klinik komuniti di negeri ini yang bakal ditutup awal tahun ini di mana dua lagi klinik bertempat di daerah Seremban iaitu Klinik Komuniti Bukit Mika dan Klinik Desa Jasmin Nilai.

Menurut Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias, dia telah mengetengahkan isu penutupan klinik komuniti berkenaan dalam perbahasan Kementerian Kesihatan bagi peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021, Disember lalu.

Beliau meminta pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempertimbangkan kembali penutupan klinik berkenaan.

“Klinik komuniti atau sebelum ini dikenali sebagai Klinik 1Malaysia adalah merupakan satu perkhidmatan penting kepada rakyat. Di Jelebu, Klinik Komuniti Taman Bukit Kempas yang pada mulanya diuar-uarkan bakal ditutup Februari ini telah ditangguh penutupannya sehinggalah ke tahun 2023.

“Keputusan ini nyata telah memberi kelegaan kepada penduduk berbilang kaum di sini termasuklah Orang Asli yang sememangnya memanfaatkan sepenuhnya kewujudan klinik ini sejak tahun 2013 lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu, penduduk yang juga Ketua MCA Cawangan Titi, Datuk Siow Chen Pin, berkata, dia mengetahui penduduk di kawasan sekitar tentunya menyambut baik keputusan untuk tidak menutup klinik tersebut.

“Klinik berkenaan turut menjadi tumpuan pelajar asrama dari dua buah sekolah berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera kerana turut menawarkan perkhidmatan dari pegawai perubatan.

“Ada masanya setiap hari boleh mencecah sebanyak 30 orang pesakit yang mendapatkan rawatan. Kami sebagai penduduk berasa sangat lega apabila kemudahan ini yang sebelum ini diumumkan antara yang bakal ditutup, dilanjutkan kembali operasinya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya