Klang Utara: Empat jalan ditutup, tiga sekatan jalan raya - Utusan Malaysia

Klang Utara: Empat jalan ditutup, tiga sekatan jalan raya

ANTARA peta lokasi pelaksanaan sekatan jalan raya dan penutupan jalan di sekitar kawasan Klang Utara, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Empat jalan ditutup dan tiga sekatan jalan raya di sekitar daerah ini dilakukan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, penutupan jalan itu melibatkan Jambatan Musaeddin (Jalan Batu Tiga Lama), Jambatan Raja Nala (Jalan Tanjung Syawal), Kilometer 3.5 Jalan Shapadu Lama dan KM 3.7 Jalan Shapadu Lama ke Rantau Panjang.

Katanya, bagi Jalan Batu Tiga Lama, orang ramai perlu menggunakan laluan alternatif iaitu di Jalan Pos Baru, Bulatan Kota, Jambatan Kota, Tengku Kelana dan Kampung Jawa.

“Laluan alternatif bagi Jambatan Raja Nala pula melibatkan Jalan Goh Hock Huat, Jalan Mantin, Bulatan Kota, Jambatan Kota dan Bukit Tinggi.

“Bagi penutupan jalan di KM 3.5 Jalan Shapadu Lama, orang ramai boleh menggunakan laluan di Lebuhraya Shapadu Selat Klang Baru, Kapar, Meru, Klang, Setia Alam dan Shah Alam.

“Pengguna KM 3.7 Kalan Shapadu Lama ke Rantau Panjang pula perlu menggunakan laluan di Jalan Shapadu Lama, Jalan Kapar dan Lebuhraya Shapadu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, tiga sekatan jalan raya dilaksanakan melibatkan Lebuhraya Selat Klang Utara (hadapan AEON Mall Bukit Raja), Plaza Tol Bukit Raja dan Batu 10 Jalan Kapar.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi PKP dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Tindakan kompaun akan dikenakan ke atas mana-mana individu yang tidak mematuhi peraturan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan boleh menghubungi Bilik Gerakan Op Covid-19 di talian 03-32913344,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya