Kerajaan jamin jaga kebajikan mangsa banjir di PPS

Kerajaan jamin jaga kebajikan mangsa banjir di PPS

HASNI Mohammad bermesra dengan seorang kanak-kanak mangsa banjir ketika meninjau PPS di Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi, Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kerajaan negeri akan mencari jalan terbaik dalam usaha menjaga kebajikan mangsa banjir yang terjejas di beberapa daerah di negeri ini. 

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri akan cuba sedaya upaya memastikan kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap. 

“Saya berharap mangsa-mangsa banjir banyakkan bersabar dalam menghadapi dugaan ini. Jangan bimbang, kerajaan akan menjaga kebajikan keluarga-keluarga yang ditempatkan di PPS.

“Pada masa yang sama, saya berharap agar orang ramai memberi kerjasama kepada jabatan yang berkaitan ketika berada di pusat pemindahan sementara,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Hasni mengadakan tinjauan di PPS yang terletak di Kota Tinggi iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kota Jaya, Sekolah Menengah Agama (SMA) Taman Kota Jaya, Sekolah kebangsaan (SK)Taman Kota Jaya dan SK Laksamana. 

Yang turut hadir Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail. 

Hasni turut berkesempatan mengunjungi PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Layang yang terletak di daerah Simpang Renggam bagi melawat mangsa yang terjejas di kawasan itu. 

Banjir yang melanda negeri Johor menjejaskan lapan daerah melibatkan 6, 991 mangsa daripada 1,841 keluarga hingga pukul 12 tengah hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.