PUTRAJAYA: Tiada perasaan lain boleh digambarkan melainkan gembira dan terharu apabila pesakit yang dirawat serta dipantau setiap hari disahkan bebas Covid-19 seterusnya dibenarkan pulang ke rumah. Itu detik paling bermakna bagi jururawat, Rus Hasimah Anuar, 32, yang ditugaskan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Apatah lagi katanya, pesakit-pesakit memberikan kerjasama penuh kepada petugas kesihatan dan pasukan barisan hadapan lain yang mengendalikan…