Jumlah ingkar SOP meningkat lagi dengan 717 ditahan - Utusan Malaysia

Jumlah ingkar SOP meningkat lagi dengan 717 ditahan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah ditahan semalam naik lagi daripada kelmarin iaitu 717 berbanding 550 individu atas pelbagai kes ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua mereka diberkas Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 49,620 pemeriksaan dengan meliputi pelbagai premis di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu sebanyak 642 dikompaun, 74 direman dan seorang dijamin dengan kes tertinggi ialah tiada penjarakan fizikal sebanyak 235.

“Ini diikuti tiada pelitup muka (117), rentas kawasan tanpa izin (96), premis dibuka lebih masa (73), gagal sedia alat rekod butiran (68) dan lain-lain (128),” katanya melalui kenyataan hari ini.

Sejumlah 2,761 pasukan yang meliputi 12,673 anggota memantau 4,919 restoran, 3,624 pasar raya, 3,115 bank, 1,798 penjaja, 1,358 kilang dan 650 pejabat kerajaan.

Turut dipantau di seluruh negara semalam ujar beliau, ialah sebanyak 999 terminal pengangkutan darat, 250 terminal pengangkutan air dan 92 terminal pengangkutan udara.

Seramai 18 pendatang asing tanpa izin juga ditahan melalui Operasi Benteng yang meliputi pelbagai agensi bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan Covid-19.

“Sebanyak 10 kenderaan darat dirampas, manakala 518 sekatan jalan raya dibuat selain operasi itu mengesan 115 bot atau kapal asing berdekatan perairan negara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan sejumlah 77 operasi sanitasi awam meliputi 34 zon merah, empat zon jingga, tujuh zon kuning dan dua zon hijau turut dilakukan semalam.

Menyentuh kuarantin wajib ujarnya, seramai 874 individu tiba di tanah air dengan kesemuanya diarahkan untuk menjalani proses itu di sejumlah 28 stesen kuarantin.

“Sejumlah 109,821 individu pulang ke negara ini sejak 24 April lalu dengan kuarantin wajib di 75 buah hotel serta 15 institusi latihan awam dan swasta seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) turut memeriksa 18 tapak binaan di seluruh negara dengan 17 mematuhi SOP manakala satu lagi tidak beroperasi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barang di 574 peruncit, 146 pemborong dan 28 pengilang.

Penguat kuasa kementerian itu juga melakukan sejumlah 1,835 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan 21 diberikan nasihat, 14 dikenakan amaran dan enam dikompaun.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya