HSR tidak untungkan Malaysia-Tun M - Utusan Malaysia

HSR tidak untungkan Malaysia-Tun M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan keputusan pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) adalah wajar kerana tidak memberi keuntungan kepada negara. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata, projek itu tidaklah penting dan Malaysia boleh tunggu 10 atau 20 tahun lagi. 

Katanya, ini kerana sistem HSR kena pergi jauh (jaraknya) baru kita dapat menjimatkan masa.

“Ini cuma 230 kilometer saja. Paling banyak boleh dijimatkan adalah kira-kira 15 minit. Untuk tempoh 15 minit anda perlu membayar lebih banyak lagi.

“Yang paling teruk, kos untuk membina HSR adalah kira-kira RM80 bilion, kita tidak dapat balik duit itu,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembatalan projek berkenaan sebelum ini.

Muhyiddin mengumumkan pembatalan projek berkenaan kerana tiada kata putus dapat dicapai antara kedua-dua negara terlibat yang turut menyaksikan Malaysia perlu membayar pampasan dianggarkan berjumlah RM300 juta kepada Singapura.

Sebelum itu, Malaysia turut perlu membayar pampasan sebanyak RM45 juta kepada Singapura kerana menangguhkan pelaksanaan projek itu sebelum ini. 

HSR mula dicadangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada September 2010.

Kos keseluruhan asal pembinaan HSR untuk laluan sepanjang 350 kilometer dianggarkan menelan belanja RM110 bilion. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya