Helikopter TUDM hantar makanan kepada penduduk Orang Asli - Utusan Malaysia

Helikopter TUDM hantar makanan kepada penduduk Orang Asli

SEBUAH helikopter TUDM digunakan untuk menghantar bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli di dua buah pos di Gua Musang, Kelantan, hari ini. -UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) digunakan membantu menghantar 2,000 beg makanan kepada 437 keluarga di dua buah pos pedalaman Orang Asli di sini, hari ini. 

Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bandar Botanik, Datuk Nor Shabudin Monil berkata, bantuan itu membabitkan 197 keluarga di Pos Balar dan 240 keluarga di Pos Hau yang terputus jalan perhubungan darat akibat musim banjir baru-baru ini.

Katanya, penduduk Orang Asli terbabit berdepan dengan masalah terputus hubungan dan kehabisan bekalan makanan selepas jalan balak yang menghubungkan kampung mereka berlaku kerosakan.

“Hari ini, kita menyerahkan sebanyak 20,000 tan beras untuk Orang Asli di dua pos terbabit. 

“Kita juga menghantar bantuan daripada NGO lain seperti 4,000 tin sardin, 50 beg garam dan 2,000 beg gula dan minyak,” katanya kepada pemberita di Kem Semur, di sini, hari ini.

Nor Shabudin berkata, Kem Semur menjadi pusat pengumpulan bantuan makanan sebelum dihantar ke dua pos terbabit menggunakan helikopter EC 725 yang  berlepas dari kem itu pada pukul 10.30 pagi.

Katanya, selain TUDM, misi bantuan itu juga mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Kita amat prihatin dengan nasib penduduk Orang Asli yang terlibat dengan musim tengkujuh baru-baru ini sehingga memberi kesan ke atas kehidupan seharian mereka.

“Kemudiannya disusuli pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menghalang penularan wabak Covid-19 yang memaksa mereka tidak dapat keluar ke bandar untuk membeli barangan makanan,” katanya. 

Tambahnya, selain itu tanaman dan makanan di perkampungan Orang Asli juga agak terhad juga kerana musnah dilanda bencana berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya