Gotong royong hantar misi bantuan ke Pahang - Utusan Malaysia

Gotong royong hantar misi bantuan ke Pahang

SHAMSUL Anuar Nasarah meninjau persiapan banjir ke Pahang anjuran Kemeteriannya, di Putrajaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Prihatin terhadap nasib mangsa banjir di Pahang, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengambil langkah proaktif menggerakkan misi bantuan ke negeri tersebut.

Menterinya, Datuk Dr. Shamsul Anuah Nasarah turut datang meluangkan masa seketika untuk meninjau persiapan misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) kementerian itu hari ini.

Malah, beliau sendiri dijangka mengetuai misi penghantaran tersebut ke Pahang esok yang menyasarkan kepada 10,000 keluarga terlibat dalam musibah bencana alam di negeri itu.

Beliau menerusi kenyataan berkata, sumbangan bantuan diberikan kementerian itu diharap akan dapat meringankan sedikit bebanan rakyat khususnya mangsa banjir yang terjejas teruk.

Kementerian ujar Shamsul Anuar, bahkan terus komited memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat terutama apabila ditimpa kesusahan akibat bencana alam dahsyat sedemikian.

Turut terlibat dalam persiapan yang dibuat secara gotong-rotong di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli di sini ialah Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Zurinah Pawanteh.

Sejumlah 10,000 hamper bantuan misi CSR itu berjaya disiapkan dengan dapat sumbangan daripada pihak Yayasan Al Bukhary, Nestle Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya