Empat hari tidak pulang, dua nelayan dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Empat hari tidak pulang, dua nelayan dikhuatiri lemas

OPERASI SAR dua nelayan yang dikhuatiri lemas di sekitar perairan Pulau Undan pada jarak lapan hingga 10 batu nautika daripada Jeti Padang Temu, Melaka. - UTUSAN/ DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah keluar menangkap ikan di perairan Selat Melaka sekitar Pulau Undan di sini, sejak Rabu lalu.

Difahamkan dua nelayan itu, Ahmad Norizan, 38, manakala seorang lagi hanya dipanggil Wan, berusia 30-an.

Penolong Pengarah Operasi negeri, Penguasa Bomba ll Muhammad Izwan Arief Mat Noh berkata, pasukannya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.26 pagi ini.

Katanya, sepasukan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu bersama-sama satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Hasil maklumat awal, difahamkan dua nelayan telah hilang sejak Rabu lalu, namun pihak bomba hanya menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pada hari ini.

“Pasukan kami tiba di lokasi dua minit kemudian dan penilaian menyeluruh dibuat. Maklumat awal diterima daripada para nelayan mendakwa ternampak sebuah bot gentian kaca dipercayai dinaiki mangsa telah hanyut di perairan berdekatan Pulau Undan,” katanya ketika ditemui di Jeti Nelayan Padang Temu di sini.

Muhammad Izwan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dibuat dengan bantuan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta bantuan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Laut dan Polis Diraja Malaysia.

“Setakat ini pencarian dibuat di sekitar perairan Pulau Undan pada jarak radius lapan hingga 10 batu nautika daripada jeti.

“Dijangka pencarian akan diteruskan mengikut kepada tahap pencahayaan dan bersambung semula pada pukul 8 pagi esok,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.