CBP Koperasi terbaik 2020 - Utusan Malaysia

CBP Koperasi terbaik 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) dipilih sebagai koperasi terbaik seluruh negara, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak penubuhannya pada 1950.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd. Nor Abd. Razak berkata, pengiktirafan tertinggi diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu berdasarkan kecemerlangan dalam urus tadbir dan peningkatan prestasi yang direkodkan institusi kewangan tersebut.

Katanya, pengiktirafan itu diumumkan pada Majlis Profil 100 Koperasi Terbaik anjuran SKM baru-baru ini.

Pencapaian terbaik CBP sebelum ini adalah menduduki tempat ketiga pada 2018.

“Sebagai Co-opbank syariah terunggul di Malaysia dan kami akan terus komited bagi menjadikan CBP sebagai suatu jenama korporat yang dikenali dan diterima ramai.

“Pengiktirafan usaha ini penting bagi membuktikan CBP berada pada landasan yang tepat dalam memantapkan keberkesanan menerusi urus tadbir yang cekap dan sistematik. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, SKM, anggota lembaga, anggota CBP serta warga kerja CBP di atas kepercayaan serta usaha yang dicurahkan selama ini,” katanya.

Katanya, transformasi budaya kerja kakitangan CBP turut menjadi faktor penyumbang kepada pencapaian itu.

“Perubahan terhadap budaya kerja yang menitikberatkan semangat kecemerlangan dan semangat bekerja dalam pasukan juga menjadi penyumbang kepada pencapaian ini.

“Konsep ini selaras dengan pegangan gagasan koperasi yang bergerak seramai mungkin secara bersama-sama bagi membolehkan pembaharuan dan kecemerlangan berlaku,” katanya.

Kata Mohd. Nor, bagi menghadapi cabaran perniagaan 2021, CBP akan berusaha dengan lebih sistematik bagi memastikan kelestarian prestasi CBP dapat diteruskan.

“Selain itu, CBP juga menumpukan usaha dengan lebih agresif untuk meningkatkan perniagaan produk Ar-Rahnu dengan membuka lebih banyak cawangan bagi menarik lebih ramai pelanggan berpotensi,” katanya.

CBP juga menyasarkan pembukaan lebih daripada 20 cawangan Ar Rahnu bagi tempoh dua tahun sehingga 2022. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya