KUALA LUMPUR: Warga asing tidak ‘sewenang-wenangnya’ diberikan kewarganegaraan meskipun mereka berkahwin dengan rakyat tempatan dan mempunyai zuriat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh berkata, kewarganegaraan hanya diberikan sekiranya mereka benar-benar memenuhi syarat. “Walaupun memenuhi tempoh pemastautinan yang dikira daripada pegangan kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) selama 12 tahun, tidak bermaksud mereka secara automatik boleh menjadi rakyat negara ini. “Mereka tetap perlu melalui prosedur…










