Azerbaijan taja 300 naskhah Utusan Malaysia - Utusan Malaysia

Azerbaijan taja 300 naskhah Utusan Malaysia

Qaley Allahverdiyev (kiri) dan Thaqib Shaker bersama naskhah Utusan Malaysia yang ditaja oleh Kedutaan Besar Republik Azerbaijan di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedutaan Republik Azerbaijan menaja sebanyak 300 naskhah Utusan Malaysia yang diedarkan kepada orang ramai termasuk dua buah sekolah di Lembah Klang.

Tajaan tersebut sempena artikel bertajuk Siapa pemilik sebenar Nagorno-Karabakh? hasil tulisan kolumnis Thaqib Shaker yang disiarkan di ruangan Rencana, semalam.

Duta Besar Republik Azerbaijan ke Malaysia, Qaley Allahverdiyev berkata, pihaknya berharap penyiaran artikel berkenaan dapat membantu memberi penjelasan dan pengetahuan kepada rakyat negara ini berhubung konflik bersenjata antara Azerbaijan dan Armenia di wilayah Nagorno-Karabakh, September lalu.

Selain itu, tajaan tersebut juga sebagai permulaan hubungan pihaknya dengan Utusan Malaysia dalam pelbagai bidang khususnya pendidikan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya