Air Terjun Tanjung Batu akan diwarta hutan perlindungan

Air Terjun Tanjung Batu akan diwarta hutan perlindungan

MOHD. Akmal Kamaruddin melihat keadaan air di Air Terjun Tanjung Batu ketika meninjau kawasan berkenaan di Beruas hari ini. - FOTO/SHAARANI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERUAS: Kerajaan negeri akan mewartakan Air Terjun Tanjung Batu di Hutan Simpan Kekal (HSK) Segari Melintang di sini yang sebelum ini tular berikutan berlakunya kemusnahan alam sebagai hutan perlindungan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan kawasan hutan simpan di situ dipelihara sepenuhnya daripada sebarang kegiatan kuari dan pembalakan.

Mohd. Akmal berkata, tinjauan yang dibuat bersama Jabatan Perhutanan Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati kawasan air terjun terbabit masih terpelihara daripada sebarang kerosakan dengan kebersihan dan kualiti bekalan airnya di tahap kelas pertama iaitu berada dalam keadaan semula jadi.

“Saya sudah melihat air terjun ini dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah mengesahkan bahawa air di situ boleh diminum tanpa apa-apa tapisan.

“Atas sebab itu, kita telah mengesyorkan agar air terjun berkenaan yang berada dalam Kompartmen 15 HSK Segari Mintang diletakkan sebagai hutan perlindungan. 

“Ini komitmen dan janji kerajaan negeri dalam memastikan kawasan itu terus terpelihara dan bebas daripada aktiviti kuari dan pembalakan,” katanya selepas meninjau Air Terjun Tanjung Batu di sini hari ini.

Mohd. Akmal berkata, pewartaan yang akan dilaksanakan Jabatan Perhutanan negeri itu akan  turut mengambil  kira kawasan lain yang mempunyai nilai kepentingan sama.

Katanya, proses itu bagaimanapun akan mengambil masa kerana masih memerlukan dapatan kajian-kajian lain.

Beliau berkata, tujuan utama pewartaan itu adalah  untuk menjamin adanya kawasan hutan pada masa akan datang hutan kita pada masa akan datang.

“Bagi aktiviti lasak seperti mendaki, mandi, berkelah serta tujuan kajian, ia masih dibenarkan,” katanya. 

Dalam pada itu, mengulas laporan berhubung kerosakan alam sekitar yang berlaku di kawasan itu Mohd. Akmal berkata, kerosakan itu tidak  menjejaskan kawasan Air Terjun Tanjung Batu.

Katanya, daripada laporan Jabatan Ukur dan Pemetaan, kawasan dimaksudkan terjejas adalah  alur air bermusim yang berada di kompartmen berlainan yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi air terjun.

“Kekeliruan timbul kerana difahamkan masyarakat sekitar juga menggelarkan alur itu sebagai Air Terjun Tanjung Batu sebaliknya semakan dibuat mendapati kawasan itu masih tiada nama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.