3,000 anggota unit Amal Pas bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

3,000 anggota unit Amal Pas bantu mangsa banjir

SEBAHAGIAN anggota Unit Amal Pas yang dikerahkan berkhidmat di beberapa kawasan banjir sekitar negeri ini di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 3,000 anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM), Dewan Pemuda PAS (DPP) dari seluruh negara akan dikerahkan untuk berkhidmat kepada rakyat yang terkesan akibat bencana banjir kali ini.

Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi Operasi Bantuan Bencana Banjir JAM yang telah dilancarkan di Kota Tinggi, dekat sini semalam.

Jelasnya, antara anggota JAM negeri yang diarahkan untuk bertugas di Johor pada hujung minggu ini adalah dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Mereka akan berkhidmat di kawasan tumpuan utama iaitu Op Bersih di Kota Tinggi, Tenggara dan Sembrong serta program Dapur Rakyat di Mersing.

“Anggota JAM dari negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak ditugaskan untuk berkhidmat di Pahang,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, malam tadi.

Tambah Khairil Nizam, pergerakan anggota JAM Kelantan dan Terengganu juga dibekukan bagi membantu mangsa banjir di beberapa kawasan terjejas dalam negeri masing-masing.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.