3.4 tan bawang merah kecil dari Thailand dirampas - Utusan Malaysia

3.4 tan bawang merah kecil dari Thailand dirampas

MAQIS merampas sebanyak 3.4 tan bawang merah kecil dianggarkan bernilai RM27,000 di Unit Kargo Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, Perlis Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebanyak 3.4 tan bawang merah kecil bernilai RM27,000 dirampas di Unit Kargo Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri, Mohamad Arshad Raffin berkata, pihaknya menahan sebuah lori yang membawa muatan tersebut kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, bawang kecil dari Thailand itu dirampas kerana tidak mempunyai Sijil 3P Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

“Pemandu lori tersebut gagal mengemukakan dokumen berkenaan. Hasil pemeriksaan mendapati pihak pengimport tersebut membawa 3,462 kilogram bawang merah kecil yang dianggarkan bernilai RM27,696.00,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Arshad, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tambanya, Maqis sentiasa memantau bagi memastikan sebarang kemasukan yang melibatkan keluaran pertanian mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya