22 kes denggi dilapor di NS - Utusan Malaysia

22 kes denggi dilapor di NS

S. VEERAPAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 22 kes demam denggi didaftarkan di negeri ini sehingga 15 Januari lalu menjadikan kumulatif kes denggi dari sebanyak 43 kes berbanding 130 kes sehingga minggu yang sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, jumlah tersebut menunjukkan terdapat penurunan kes sebanyak 66.9 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2020.

“Taburan kumulatif kes denggi adalah sebanyak 17 kes di daerah Seremban, masing-masing dua kes di daerah Tampin dan Jempol juga satu satu kes di Rembau.

“Daerah Port Dickson, Jelebu dan Kuala Pilah tidak mencatatkan sebarang kes. Tiada kes kematian denggi dilaporkan di Negeri Sembilan pada minggu semasa menjadikan kumulatif kematian denggi sebanyak 0 kes sehingga 15 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, setakat ini, kumulatif lokaliti wabak yang masih aktif ialah sebanyak lapan lokaliti iaitu tujuh lokaliti wabak di daerah Seremban dan satu di daerah Jempol.

Sementara itu, jelas Veerapan, walaupun penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 13 Januari lalu, aktiviti pencegahan dan kawalan wabak denggi masih diteruskan.

“Ia termasuklah seperti aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes ditumpukan di premis kediaman dan kawasan persekitaran, aktiviti ‘larviciding’, semburan pengasapan dan promosi kesihatan.

“Masyarakat digalakkan untuk melaksanakan pembersihan kawasan premis masing-masing 10 minit setiap minggu dengan menghapuskan tempat-tempat atau bekas-bekas yang berpotensi bagi pembiakan nyamuk aedes sekaligus dapat mengekang penularan demam denggi,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya