2,079 pekerja asing disaring positif Covid-19 - Utusan Malaysia

2,079 pekerja asing disaring positif Covid-19

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Langkah kerajaan yang mengarahkan semua pekerja warga asing di enam negeri paling berisiko menjalani saringan ternyata berjaya kesan ramai penghidap Covid-19.

Perkara itu didedahkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan bahawa seramai 2,079 disahkan positif wabak berbahaya tersebut.

“Sementara sejumlah 97,084 pekerja asing ini didapati negatif daripada keseluruhan 99,163 orang yang melalui ujian saringan melibatkan 3,536 majikan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah, ia antara usaha kerajaan yang bermula 1 Disember lalu meliputi Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Rekod berkenaan ujarnya, turut dicatatkan Kementerian Sumber Manusia sehingga 4 Januari lepas dan sebanyak 758 buah klinik terlibat dalam program saringan secara besar-besaran itu.

Ismail Sabri berkata, arahan itu malah dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dengan majikan ingkar boleh didakwa.

Sementara itu menyentuh mengenai penggunaan aplikasi MySejahtera, sehingga kini 26.3 juta pengguna memuat turut mengaktifkan pautan sistem rekod butiran diri tersebut.

“Sebanyak 1.4 juta premis perniagaan di seluruh negara juga sudah mendaftar dengan aplikasi berkenaan setakat ini setelah diwajibkan pihak kerajaan pada tahun lepas,” jelas beliau.

Sambutan adalah baik malah semalam sahaja kata beliau, seramai 44,607 pengguna memuat turun dan 19 juta lagi menggunakannya bagi tujuan merekod daftar masuk premis.

Bagaimanapun tambahnya, orang ramai yang masih belum lagi berbuat demikian, dinasihatkan agar segera memuat turun aplikasi itu bagi memudahkan pengesanan kes Covid-19.

Namun, kata Ismail Sabri, bagi kawasan yang tiada liputan Internet, mereka boleh merekod butiran diri secara manual di buku log yang disediakan pemilik premis terbabit sebelum masuk. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya