fbpx

9 Mei 2021, 12:55 am

  TERKINI

Zaiham dilantik Ketua Polis Bentong baharu

MOHD. Shahril Abdul Rahman (kiri) menyerahkan tugas kepada Zaiham Mohd. Kahar (kanan) sambil disaksikan oleh Abd. Jalil Hassan di Balai Polis Karak di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Bentong baharu berkuat kuasa 4 Disember lalu.

Pelantikannya bagi menggantikan Superintenden Yusof Unis yang ditukarkan sebagai Pegawai Turus Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Majlis serah terima tugas antara Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Shahril Abdul Rahman dan Zaiham di Balai Polis Karak di sini disaksikan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan.

Yang hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nanyan dan Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen negeri, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu.

Menurut Zaiham, beliau akan terus memberikan perkhidmatan terbaik dengan memfokuskan kepada usaha membanteras aktiviti jenayah demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Katanya, beliau juga akan memberikan tumpuan dalam berhadapan dengan pandemik Covid-19 bagi memastikan masyarakat sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Saya berharap orang ramai terus mematuhi SOP ditetapkan dan berharap kes Covid-19 di daerah ini terkawal dengan tindakan yang telah dilakukan pihak Kementerian Kesihatan,” katanya. – UTUSAN