Tok Pa tinjau operasi Pasar Borong Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Tok Pa tinjau operasi Pasar Borong Kuala Lumpur

MUSTAPA Mohamed meninjau operasi Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini. / GAMBAR FB MUSTAPA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed membuat kejutan apabila meninjau operasi di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang mesra disapa sebagai Tok Pa ‘turun padang’ bagi mendapatkan maklum balas secara terus daripada peruncit, pembekal, pemborong dan pelanggan yang berada di situ.

Sesi dialog turut diadakan dengan pekerja dan peniaga di pasar berkenaan termasuk mengenai situasi ekonomi dan kehidupan mereka akibat impak pandemik wabak Covid-19.

Dalam tinjauan yang bermula awal pukul 7 pagi itu, beliau diiringi oleh Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sulaiman Mohamed.

Mustapa mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL yang memberi kebenaran kepada warga kota membuka gerai kecil sejak 15 November lalu.

“Keputusan membenarkan penduduk berniaga kecil-kecilan ini memberi impak positif kepada ekonomi ketika negara sedang menghadapi krisis kesihatan,” katanya menerusi kenyataan.

Malah beliau gembira dapat banyak respons positif daripada pekerja dan peniaga termasuk antaranya isu dibangkitkan ketika sesi dialog ialah perlindungan sosial dan lesen perniagaan.

Ramai ujarnya, mendakwa tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selain ada juga tidak mempunyai lesen DBKL.

“Seorang peniaga yang saya temui, Che Ismail Che Mat, 55, sudah berniaga di pasar borong itu lebih 10 tahun, namun masih lagi belum memiliki lesen perniagaan,” tambah Mustapa.

Justeru, beliau berkata, Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) akan jadi penghubung antara mereka dengan pihak berkuasa bagi segera menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.

Jaminan perlindungan sosial katanya, akan diberi keutamaan oleh EAC dan pihak kerajaan secara agresif turut galak majikan agar menggantikan pekerja asing kepada rakyat tempatan.

Dalam pada itu, Sulaiman ketika memberi taklimat kepada peniaga pasar borong itu berkata, DBKL sudah pun berjaya menggantikan pekerja asing dengan diisi warga tempatan.

Agensi itu jelas beliau bahkan, menyediakan beberapa tempat penginapan di situ sebagai asrama bagi pekerja tempatan dan permohonan rasmi akan mula dibuka mulai bulan depan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya