fbpx

15 Jun 2021, 9:39 am

  TERKINI

Tidak benar Zoo Melaka tak patuh SOP

MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri menjelaskan isu gambar tular dalam media sosial yang kononnya mendakwa Zoo Melaka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan adalah tidak tepat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, keadaan di dalam gambar itu sama sekali berbeza dengan situasi sebenar SOP di pusat konservensi tersebut. 

Malah katanya, gambar yang ditularkan dalam media sosial juga dirakam dari sudut sisi yang memberikan ilusi jumlah pengunjung kelihatan padat. 

“Kita telah lama mengehadkan kemasukan pengunjung iaitu daripada 3,000 dalam satu-satu masa kepada hanya 700 orang sahaja buat masa ini.

“Sepanjang minggu lalu, Zoo Melaka juga hanya mencatatkan seramai 12,000 pelawat, jadi situasi yang ditunjukkan di dalam gambar tular itu sama sekali tidak tepat,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat taman tema interaktif Dinosaur Encounter di Zoo Melaka, di sini hari ini.

Terdahulu, gambar tular itu turut mendapat perhatian Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyifatkan keadaan itu menunjukkan kelonggaran yang diberi telah disalahgunakan dan mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi SOP ditetapkan.

Mengulas lanjut, Muhammad Jailani memberitahu, lawatan di ruang pertunjukkan zoo juga telah dikurangkan daripada 600 kepada 250 penonton, namun sesi persembahan telah ditambah untuk memastikan semua pengunjung berpeluang menyaksikannya. 

“Kita juga sebenarnya ada menerima rungutan daripada pengunjung mengenai SOP yang dikatakan terlalu ketat di Zoo Melaka sehingga mereka terpaksa berbaris panjang untuk masuk. 

“Namun, pematuhan SOP ini amat penting, malah kakitangan di zoo juga perlu mengambil masa menjalankan proses sanitasi setiap kali selepas selesai persembahan,” katanya. -UTUSAN ONLINE