SPRM cari 2 individu bantu siasatan kes rasuah - Utusan Malaysia

SPRM cari 2 individu bantu siasatan kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

Menurut kenyataan SPRM, lelaki yang dikesan tersebut ialah Chiong Ah Kaw @ Cheong Leong Kim, 75, yang mempunyai alamat terakhir di No.22, Pangsapuri Seri Mesra, Jalan Bahagia 29, Taman Seri Bahagia, 56000 Kuala Lumpur.

Wanita yang dikesan pula ialah Li Quin yang merupakan seorang warga China berusia lingkungan 30-an dan pemegang pasport antarabangsa E32395179 serta pas lawatan sosial.

Sehubungan itu, SPRM menyeru orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya