KUALA LUMPUR: Walaupun berlangsung dengan penuh emosi dan hangat, Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan menerusi undian suara.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan undian.
Perbahasan RUU dilakukan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali.
Kementerian Kesihatan diperuntukan sebanyak RM31.94 bilion dalam Belanjawan 2021 iaitu RM27.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM4.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. – UTUSAN










