RUU Perbekalan 2021 KBS lulus - Utusan Malaysia

RUU Perbekalan 2021 KBS lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said, selepas diputuskan menerusi undian suara majoriti.

Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi kementerian berkenaan dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Meerican Naina Merican.

Ketika pengumuman Belanjawan 2021, KBS diperuntukkan sejumlah RM614,136,800. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN