Rasuah gagalkan kepemimpinan dalam jabatan kerajaan - Utusan Malaysia

Rasuah gagalkan kepemimpinan dalam jabatan kerajaan

FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kegagalan barisan kepemimpinan dalam jabatan kerajaan untuk mengekalkan integriti dalam menjalankan tugas membuatkan kebanyakan pekerja turut mencontohi sikap berkenaan.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, skandal-skandal yang melibatkan intergriti pegawai atasan tidak mustahil merosakkan imej agama Islam dalam negara.

“Rakyat sudah menerima hakikat bahawa jika dilihat, ramai pemimpin yang keluar masuk mahkamah untuk tuduhan rasuah adalah dari kalangan bekas-bekas menteri. Jadi tidak hairanlah sekiranya penjawat awam bawahan dari agensi-agensi kerajaan juga telah ‘menteladani’ mereka.

“Baru-baru ini isu kartel daging import yang menggunakan logo halal palsu telah membangkitkan persoalan bagaimana ini boleh berlaku di sebuah negara yang dipimpin oleh pemimpin Islam dan majoriti rakyat beragama Islam bahkan agama Islam itu sendiri sebagai agama rasmi negara,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyarankan supaya Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan pembukaan kertas putih seperti saranan Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) disegerakan.

Menurut Anwar, skandal itu ternyata telah merobek reputasi dan imej institusi itu yang diamanahkan memulia dan meningkatkan darjat Islam.

Farhash Wafa Salvador turut mempertikaikan isu remeh lain yang diketengahkan pemimpin dalam negara sedangkan pelbagai isu berat yang melibatkan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin itu.

“Mengapa isu seperti seorang umat Islam mengucapkan perayaan Hari Natal diperbesarkan tetapi apabila isu kartel daging import yang melibatkan agensi utama di pintu masuk negara dalam menyelia sebarang aktiviti pengimportan dan pengeksportan pelbagai komoditi bagaikan isu remeh?

“Kita sering didedahkan dengan korupsi yang berlaku secara berleluasa di negara ini sehinggakan rakyat sudah lali akan ketidakadilan yang berlaku. Hakikatnya adalah reformasi bagi institusi dan agensi kerajaan di negara kita sudah melepasi tempoh luput,”katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya