PM mahu bantuan bulanan OKU dinaikkan RM1,000 segera dilaksana  - Utusan Malaysia

PM mahu bantuan bulanan OKU dinaikkan RM1,000 segera dilaksana 

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini mendapat hak dan peluang sama rata untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat lain.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai sebuah kerajaan prihatin, golongan itu akan sentiasa diberi perhatian dan memastikan tiada seorang pun OKU tercicir menerima bantuan.

Untuk itu, Perdana Menteri akan memastikan sendiri cadangan kenaikan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 dapat dilaksanakan segera  mengambil kira keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa.  

Kenaikan itu, menurut beliau, golongan berkenaan yang termasuk dalam kumpulan masyarakat pastinya mendapat faedah dari kenaikan itu 

“Saya sendiri beberapa kali turun menemui golongan ini ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak serta PPR Taman Sri Keramat, Putatan, Sabah sebelum ini. 

“Rentetan itu, kerajaan mengumumkan beberapa inisiatif yang boleh membantu golongan OKU dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini, antaranya menaikkan bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja daripada RM250 ke RM300, kadar elaun pekerja OKU RM400 ke RM450 serta bantuan penjagaan OKU daripada RM350 ke RM500,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari OKU Sedunia 2020 hari ini. 

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kempen mendaftarkan OKU perlu dipergiatkan yang pada masa ini berjumlah 581,265 orang mengikut rekod JKM. 

Kata beliau, hal ini penting bagi menjamin golongan itu tidak terlepas daripada menerima bantuan kerajaan terutamanya ketika situasi sukar penularan pandemik Covid-19.

 “Saya doakan semoga golongan OKU diberikan tempat sebaiknya dalam kalangan masyarakat, seterusnya dapat sama-sama berperanan dalam pembangunan negara,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya