PKPB ditamatkan kecuali Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah - Utusan Malaysia

PKPB ditamatkan kecuali Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara ditamatkan kecuali tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan lagi selama 14 hari bermula 7 hingga 20 Disember ini.

Walau bagaimanapun, terdapat tiga daerah di Selangor dibebaskan PKPB iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat beberapa daerah di negeri lain turut dikenakan PKPB iaitu di Perak (daerah Kinta Serta Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong), Kelantan (Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas), Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson), Johor (Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai).

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah selain tidak lagi mengehadkan jumlah dalam satu kenderaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya