Pengebumian anak, ibu mentua Syafiq - Utusan Malaysia

Pengebumian anak, ibu mentua Syafiq

MUHAMMAD Syafiq Ahmad tidak dapat menahan sebak dan ditenangkan oleh ahli keluarganya ketika menatap jenazah ibu mentua dan anaknya buat kali terakhir di Kampung Padang Pusing, Pendang, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGISAN SI AYAH…Sedih, itu yang dapat dilihat pada wajah pemain skuad kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad ketika pengebumian anak lelakinya yang baharu 22 hari dilahirkan, Muhammad Aisy Saqeef di Kampung Padang Pusing, Pedang, Kedah.

Jenazah Muhammad Aisy dikebumikan dalam satu liang lahat bersama ibu mentua Muhammad Syafiq, Zainab Wahab, 46.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi ini, Muhammad Syafiq yang juga penyerang pasukan JDT terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Bakap.

Kemalangan turut mengakibatkan ibu mentua Muhammad Syafiq, Zainab dan warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an maut.

Sementara itu Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak, Aaira Nur Saffiya, cedera ringan manakala isterinya, Nur Amalina dilaporkan cedera parah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya