Pengarah syarikat ditahan minta rasuah RM22,000 - Utusan Malaysia

Pengarah syarikat ditahan minta rasuah RM22,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pengarah sebuah syarikat swasta ditahan bagi membantu siasatan kes meminta wang RM22,000 daripada individu bagi melepaskan dua warga China semalam.

Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Cheras kira-kira pukul 12.13 tengah hari tadi.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah meminta wang RM22,000 daripada seorang lelaki semalam.

“Wang ini dipercayai bagi melepaskan dua individu warga China termasuk seorang wanita yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Jabatan Imigresen kelmarin kerana kesalahan menggunakan cop palsu.

“Suspek akan dibawa esok ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman,” kata sumber itu.

Tambah sumber, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya