Pas Perak tunggu arahan Pusat - Utusan Malaysia

Pas Perak tunggu arahan Pusat

RAZMAN ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pas Perak sedang menunggu arahan dan keputusan dari pucuk pimpinan Pusat berhubung pembentukan kerajaan baharu di Perak.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, ini kerana pembentukan kerajaan negeri Perak merupakan isu membabitkan politik nasional.

Menurutnya, namun pendirian Pas kekal iaitu menyokong kerajaan yang dibina bersama antara muafakat Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.

“Kita sudah menghadap Tuanku (Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah) dan baginda menitahkan supaya kita menerima mana-mana calon yang dipilih.

“Jadi kita telah bersetuju mempertahankan kerajaan dan kita akan pertahan kerajaan PN (Perikatan Nasional) yang kita bersetuju bersama.

“Apabila peletakan jawatan Menteri Besar, maka mengikut Perlembagaan secara automatik semua Exco juga tergugur secara bersama,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Laman Darul Ridzuan di sini hari ini.

Terdahulu, dalam sidang akhbar, Ahmad Faizal umum meletak jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya