Pas beri bayangan akan bincang bentuk kerajaan baharu Perak?

Pas sedia berbincang bentuk kerajaan baharu Perak?

TUAN Ibrahim melihat kawasan yang terjejas hakisan di pantai Kampung Pengkalan Maras di Kuala Nerus hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pas hari ini sedia berbincang dalam usaha pembentukan kerajaan negeri baharu di Perak.

Perkara itu dinyatakan ringkas oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya pemberita dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja di pantai Kampung Pengkalan Maras di sini.

“Kita akan berbincang, Insya-Allah,” katanya.

Pas sebelum ini memutuskan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu, sebaliknya akan terus berperanan seperti biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim yakin UMNO akan terus mempertahankan gagasan Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk kedua-dua parti berkenaan sekali pun situasi politik di Perak terus bergoncang.

“Saya dengar kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan seboleh mungkin beliau mengatakan akan menjaga dan mempertehankan MN.

“Saya fikir apa ditulis dalam media tidak sebegitu kerana saya sudah mendengar kenyataan beliau,” katanya.

Terdahulu, media hari ini melaporkan UMNO tidak menolak kemungkinan mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP bagi membentuk kerajaan negeri baharu di Perak.

Ahmad Zahid berkata, kemungkinan itu berikutan keputusan Pas dan Bersatu yang tidak menyokong pembentukan kerajaan baharu di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya