fbpx

8 Mac 2021, 4:59 pm

  TERKINI

Neelofa, PU Haris sedang cari titik penyelesaian

Noor Neelofa Mohd. Noor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setelah status pertunangannya dengan pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Haris menjadi perdebatan di laman sosial, pelakon dan pengacara, Neelofa tampil menjelaskan hubungan mereka kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor turut menyangkal dakwaan terkena minyak pengasih, memindahkan sejumlah wang kepada PU Haris dan sudah bernikah di Kelantan.

Beliau berkata, kesemua tuduhan itu adalah tidak benar dan tidak berasas.

“Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku.

“Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan. Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan.

“Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk sama-sama memahami dan dapat memberikan saya ruang yang sewajarnya. Harap perkara ini tidak lagi akan berpanjangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Spekulasi Neelofa dengan PU Haris atau nama sebenarnya, Haris Ismail yang dikatakan berantakan semakin panas apabila ada yang mendakwa mereka sudah bernikah.

Tular dalam media sosial apabila pasangan selebriti itu dikatakan sudah bernikah di Kelantan dan diwalikan bapa kandung Neelofa, Mohd. Noor.

Dakwaan tersebut bertambah hangat apabila Neelofa dikatakan turut ‘menghadiahkan’ Haris RM100,000 seminggu sehingga mengumpul jutaan ringgit.

Kontroversi itu mula mendapat perhatian apabila seorang warganet memuat naik gambar dengan dakwaan sendiri berhubung perkara itu.

Hubungan mereka yang dikatakan berantakan mula riuh berpunca daripada gambar yang dimuat naik oleh ahli keluarga Neelofa di Instagram yang didakwa seperti memberi ‘hint’ tentang keretakan hubungan mereka. -UTUSAN ONLINE