MELAKA: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terbentuk sejak Mac lalu di negeri ini akan terus kekal dan utuh selagi empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyatakan sokongan mereka bersama-sama UMNO tidak ‘mengubah fikiran’. Empat ADUN terlibat ialah Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan ADUN Telok Mas, Datuk Nor Effandi Ahmad serta dua lagi ADUN Bebas iaitu Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).…