MB letak jawatan, kerajaan Perak terbubar - Utusan Malaysia

MB letak jawatan, kerajaan Perak terbubar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri Perak terbubar berikutan pengumuman Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Dalam pengumuman yang dibuat hari ini, Ahmad Faizal berkata, dengan peletakan jawatan beliau, sekaligus semua jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut tergugur.

Menurutnya, beliau telah dipersembahkan warkah peletakan jawatan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta pada pukul 3 petang tadi.

“Saya amat menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan dikesempatan berkenaan saya telah menyembahkan warkah peletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

“Bagi pihak diri saya dan seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, saya ingin menyampaikan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan seluruh warga pentadbiran kerajaan negeri serta jabatan dan agensinya.

“Tentunya pengalaman ini adalah sesuatu yang amat bermakna dan penuh dengan pelbagai cabaran,” katanya dalam sidang akhbar di Laman Seri Ridzuan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.