Masjid Wilayah dapat karpet baharu - Utusan Malaysia

Masjid Wilayah dapat karpet baharu

HASAN ARIFIN (baris depan, tiga dari kiri) menyerahkan replika karpet baharu kepada Mohd. Ajib Ismail (tengah) di Dewan Solat Masjid Wilayah Persekutuan, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jemaah Masjid Wilayah Persekutuan di sini akan menggunakan karpet baharu untuk solat Jumaat esok.

Ia berikutan masjid itu menerima sumbangan 890 keping karpet bernilai kira-kira RM660,000  bagi menggantikan karpet sedia ada yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun sejak masjid tersebut beroperasi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Mohd. Ajib Ismail berkata, ia adalah hasil sumbangan 10 ahli Persatuan Sahabat Masjid berkenaan yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat. 

Sebelum ini, katanya, persatuan tersebut turut menyumbankan van jenazah berharga lebih RM100,000 untuk kegunaan masjid itu dan anak-anak kariahnya.

“Peranan Sahabat Masjid ini amat penting sebab kadang-kadang jabatan agama tidak ada peruntukan untuk membuat pengubahusaian dan sebagainya. Jadi di sinilah persatuan banyak membantu.

“Saya mewakili Jawi dan juga Masjid Wilayah mengucapkan terima kasih di atas sumbangan hari ini. Ia menambah seri ruang solat masjid,” katanya yang juga Pengerusi masjis tersebut.

Beliau berkata demikian selepas majlis pertukaran karpet baharu Masjid Wilayah yang turut dihadiri, Ahli Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Persatuan Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Hasan Arifin dan Imam Besar Masjid Wilayah, Muhyidin Aziz.

 

DEWAN solat Masjid Wilayah Persekutuan bertambah seri dengan penukaran karpet baharu petang tadi. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

 

Dalam perkembangan sama, Ajib mencadangkan masjid dan surau-surau di Wilayah Persekutuan mencontohi Masjid Wilayah dengan menubuhkan persatuan yang sama.

Katanya, dengan menjalin kerjasama bersama tokoh-tokoh korporat akan memudahkan usaha penambahbaikan terutama berkaitan infrastruktur dan menambah keselesaan masjid dan surau.

“Karpet yang lama kita akan dapatkan pandangan pihak kewangan untuk dilupus bagi membolehkan ia disumbangkan kepada masjid dan surau lain yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Ajib berkata, Jawi menikahkan 2,750 pasangan pengantin sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa sehingga hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak Oktober lalu, pihaknya turut menikahkan kira-kira 400 pasangan pengantin.

Katanya, kebanyakan yang bernikah memilih hujung minggu iaitu bermula Jumaat hingga Ahad dengan purata 30 pasangan setiap hujung minggu.

“Hasil perbincangan dengan pihak berkuasa berkaitan, Jawi turut membenarkan calon dari zon merah yang ingin bernikah di zon kuning, jingga dan hijau di Wilayah Persekutuan dengan syarat mereka menunjukkan bukti negatif Covid-19 semasa memohon.

“Jika kedua-dua calon pengantin berada di zon merah dengan syarat neggatif Covid-19, mereka boleh bernikah tetapi hanya di ibu pejabat Jawi di mana kami telah menyediakan ruang pelamin yang indah,” katanya.  

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya