Maritim Malaysia Kuala Perlis terima bot pemintas baharu - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia Kuala Perlis terima bot pemintas baharu

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis bergambar di atas sebuah bot pemintas kelas Benteng baharu di Royal Langkawi Yatch Club semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis menerima sebuah bot pemintas kelas Benteng baharu yang akan memperkukuhkan lagi operasi di sempadan perairan negara.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, bot pemintas tersebut akan memberi manfaat ketika tugas Op Benteng yang diaktifkan sejak Mei lalu.

Katanya, bot berkenaan sesuai melibatkan kawasan sempadan perairan negara yang berhampiran dengan negara jiran seperti di perairan Kuala Perlis.

“Bot pemintas kelas Benteng dengan nama Bot Benteng 7 ini, berukuran kira-kira 12 meter panjang dan mampu mencapai kelajuan maksimum 45 knot akan ditempatkan di Zon Maritim Kuala Perlis.

“Ia diharap dapat menampung keperluan operasi lebih-lebih lagi di kawasan yang telah dikenal pasti terdedah kepada ancaman aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan migran, dadah dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis penyerahan bot  tersebut diadakan antara Asia Slipway Engineering (ASE) dan Maritim Negeri Kedah Dan Perlis di Royal Langkawi Yatch Club.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan rakyat tempatan khususnya komuniti maritim di perairan Kedah dan Perlis supaya terus bekerjasama dengan semua agensi penguat kuasa dan tidak menjadi tali barut kepada penjenayah terutamanya dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya