Malaysia mahu solidariti antarabangsa tangani Covid-19 - Utusan Malaysia

Malaysia mahu solidariti antarabangsa tangani Covid-19

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia akan membawa mesej perkukuhkan solidariti antarabangsa bagi menangani krisis kesihatan, ekonomi dan sosial akibat wabak Covid-19. 

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau akan membawa kenyataan Malaysia pada Sesi Khas ke-31 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGASS ke-31) mengenai wabak Covid-19 melalui rakaman video, esok. 

“Malaysia akan menekankan kepentingan akses kepada vaksin Covid-19 secara adil dan pada harga yang berpatutan. 

“Ia merupakan tanggungjawab global dan moral untuk vaksin Covid-19 dikongsi bersama setelah dibangunkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sesi Khas tersebut dianjurkan lanjutan daripada cadangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan akan berlangsung dua hari bermula esok mengikut waktu New York. 

Ia akan disertai oleh negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara pemerhati, badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat madani, institusi pendidikan serta sektor swasta bagi mencerminkan solidariti masyarakat antarabangsa.

Selain itu, ia bagi memperkukuhkan multilateralisme dalam berdepan dengan cabaran yang disebabkan oleh wabak COVID-19. 

UNGASS ke-31 juga bertujuan untuk menyelaras respons masyarakat antarabangsa dalam menangani kesan-kesan wabak ini. 

Segmen pembukaan Sesi Khas ke-31 akan merangkumi kenyataan oleh Presiden bagi Sesi ke-75 Perhimpunan Agung PBB, Volkan Bozkir; Setiausaha Agung PBB, António Guterres, dan Presiden Republik Azerbaijan, Ilham Aliyez, sebagai Pengerusi NAM. 

Di samping itu, Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (ECOSOC) dan Presiden Majlis Keselamatan PBB bagi bulan Disember 2020 (Afrika Selatan) juga akan menyampaikan kenyataan mereka semasa segmen tersebut. 

Pada 4 November 2020, sesi dialog interaktif akan diadakan yang turut melibatkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan badan-badan PBB lain yang berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya