fbpx

Majlis Presiden ketua-ketua parti kerajaan PN ditubuhkan

MUHYIDDIN Yassin mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua parti kerajaan PN, di Kuala Lumpur, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju menubuhkan Majlis Presiden yang dianggotai ketua-ketua parti masing-masing sebagai platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan.

Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Dalam Kerajaan PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat bersama yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam ini.

Menurut beliau, penubuhan Majlis Presiden itu antara lain demi mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.

“Bagi menyelaraskan Majlis Presiden tersebut, satu sekretariat yang dianggotai oleh semua Setiausaha Agung parti-parti dalam kerajaan PN juga ditubuhkan.

“Pada mesyuarat itu turut membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ketua-ketua parti yang hadir pada mesyuarat tersebut adalah Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Presiden Pas Seri Abdul Hadi Awang;Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong ; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Prof. Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup.

Turut hadir mewakili ketua-ketua parti yang lain adalah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah ; Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum, Edward Dagul (Timbalan Presiden SAPP); Datuk Paul Igai (Naib Presiden PDP); Datuk Asojan Muniyandy (Setiausaha Agung MIC) dan Datuk Guan Dee Koh Hoi (Setiausaha Agung STAR).-UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI