Lelaki warga asing ditemukan maut - Utusan Malaysia

Lelaki warga asing ditemukan maut

Mohd Farouk Eshak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Lelaki warga asing ditemukan maut dalam sebuah bilik di Taman Ampang Jaya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi itu, mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemukan dalam keadaan terlentang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai sesak nafas sebelum ditemukan maut oleh rakan serumahnya.

Tambah Mohamad Farouk, setakat ini, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian terbabit.

“Mangsa pernah mendapat rawatan di sebuah klinik swasta dan mempunyai sejarah masalah kesihatan.

“Mayatnya dibawa ke Hospital Ampang untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya