Lelaki Nigeria mengaku tipu pengurus syarikat hartanah

Lelaki Nigeria mengaku tipu pengurus syarikat hartanah babitkan wang tunai RM339,610

INNOCENT Uchechukwu Chiristian (tengah) mengaku bersalah atas pertuduhan menipu seorang pengurus hartanah berhubung satu pelaburan berjumlah RM300,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warganegara Nigeria mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap tuduhan menipu seorang pengurus syarikat hartanah melibatkan kerugian sebanyak RM339,610.

Innocent Uchechukwu Christian, 27, mengaku menipu wanita berusia 52 tahun itu agar melabur dalam projek pembekalan produk marin sehingga mangsa membuat pemindahan wang ke dalam 11 akaun berbeza.

Sementara itu, tunangnya, M. Suvitha, 38, yang sarat mengandung tujuh bulan mengaku tidak bersalah selepas didakwa bersama-sama melakukan perbuatan tersebut pada 9 Januari lalu dan 29 Ogos lalu di sebuah restoran di Jalan Ipoh di sini.

Hakim Hasbullah Adam menetapkan Khamis ini bagi pembentangan fakta kes terhadap Innocent manakala tarikh sebutan bagi Suvitha ditetapkan 18 Januari tahun depan.

Innocent yang tidak mempunyai pasport tidak dikenakan sebarang jaminan manakala Suvitha dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin iaitu sepasang suami isteri yang merupakan kenalannya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abd. Hadi tidak menawarkan jaminan terhadap lelaki Nigeria itu manakala pasangannya ditawarkan jaminan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, peguam M. Tharuma Ratnam yang mewakili kedua-duanya memohon Suvitha dibebaskan dengan jumlah jaminan yang minimum kerana anak guamnya tidak bekerja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya