Lapor individu pulang dari zon merah - Utusan Malaysia

Lapor individu pulang dari zon merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Rakyat di negeri ini hendaklah menjadi mata dan telinga kepada Jabatan Kesihatan negeri dengan melaporkan individu yang masuk ke Perlis dari zon merah.

Pengarahnya, Dr. Sirajuddin Hashim berkata, pihaknya percaya masih terdapat individu yang pulang ke negeri Perlis dari zon merah yang tidak memberi makluman kepada Bilik Gerakan Covid-19 Pejabat Kesihatan Kangar.

Katanya, rakyat Perlis yang kini merupakan barisan hadapan perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan Perlis terus kekal berstatus zon hijau.

DR. SIRAJUDDIN HASHIM

“Bilik Gerakan Covid-19 menerima sebanyak 468 panggilan telefon daripada individu yang masuk ke Perlis dari zon merah sejak rentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara kecuali kawasan Perintah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 Disember lalu hingga kelmarin.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 257 individu telah diarah untuk menjalani kuarantin di rumah dan 117 individu telah dilakukan ujian saringan Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, daripada jumlah keseluruhan individu yang telah dikenal pasti datang dari zon merah, 70 peratus adalah individu yang pulang melawat keluarga di kampung manakala selebihnya adalah atas urusan kerja dan melancong.

Beliau juga menasihati penduduk negeri ini untuk menangguhkan atau membatalkan pergerakan ke luar negeri Perlis terutamanya ke kawasan-kawasan zon merah jika tiada keperluan mendesak.

“Selain itu, individu yang pulang ke negeri ini dari zon merah untuk segera menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 untuk pemakluman, deklarasi kesihatan serta penilaian risiko terhadap mereka.

“Individu yang bergejala perlulah segera ke klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan, menjalani ujian Covid-19 dan arahan kuarantin diberikan. Jika gejala yang dialaminya adalah teruk, rujukan ke hospital akan dilakukan segera.

“Individu yang tidak bergejala perlu menjalani kuarantin kendiri serta pematuhan prosedur operasi standar (SOP) Covid-19.,” ujarnya.

Tambah beliau, sehingga kini, Perlis telah berjaya kembali kepada status negeri hijau sejak 17 Disember, iaitu memasuki hari yang ke-11.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya