KPDNHEP giat kesan lokasi pengedaran daging  - Utusan Malaysia

KPDNHEP giat kesan lokasi pengedaran daging 

ROSOL (dua, kiri) melihat bungkusan kerepek diusahakan Siti Hadijah Yusoff di bengkel perusahaan di Kampung Teris di Hulu Terengganu hari ini. -UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini giat mengesan lokasi pengedaran daging sejuk  yang diseludup masuk ke negara ini.

Timbalannya, Datuk Rosol Wahid berkata, tumpuan tidak hanya difokuskan di Johor semata-mata susulan serbuan ke atas gudang membabitkan kartel daging yang memalsukan logo halal di Taman Perindustrian Senai. 

“Kita tengok pengedarannya dan kalau didapati daging di pasaran itu daripada sumber taktik kartel yang memalsukan logo halal, maka kita akan rampas.

“Siasatan turut melihat dari sudut dalaman sama ada wujud penglibatan pegawai atau kakitangan jabatan atau sebaliknya,”katanya.

Beliau yang  juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata demikian kepada pemberita selepas melawat bengkel perusahaan kerepek pisang di Kampung Teris, di sini, hari ini. 

Rabu lalu, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengetuai serbuan melibatkan sebuah syarikat yang menyeludup daging sejuk beku ke negara ini dan membungkus semula daging berkenaan dengan logo halal palsu.

Berdasarkan siasatan awal, daging sejuk beku yang diseludup masuk itu datang dari Brazil, China, Ukraine dan Argentina. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.