Kerajaan Perak bubar - Utusan Malaysia

Kerajaan Perak bubar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri Perak terbubar berikutan pengumuman Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak hari ini.

Menurut Ahmad Faizal, dengan peletakan jawatan beliau, sekaligus semua jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut tergugur.

Menurutnya, beliau telah dipersembahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta pada pukul 3 petang tadi.

“Saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Sultan dan Pejabat Tuanku akan tentukan mengenainya.

“Mengikut Perlembagaan apabila seorang menteri besar meletak jawatan, semua ahli majlis kerajaan negeri juga gugur daripada jawatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya kemungkinan Bersatu akan membalas dendam ekoran kegagalan beliau meraih sokongan majoriti dalam DUN semalam, Ahmad Faizal meminta tiada balas dendam berlaku berikutan krisis politik di Perak.

“Dalam politik jangan berdendam. Saya kira tentu ada perkara yang boleh kita selesaikan namun inilah reaksi yang tidak kita ingini apabila berlaku keadaan dalam sidang DUN semalam. 

“Ini kerana kita tidak membuat rundingan dahulu  sebelum sesuatu perkara dibuat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Faizal turut membangkitkan tuduhan beliau tidak mengadakan rundingan dengan UMNO berhubung lantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik beliau.

“Sedangkan perkara yang sebenarnya berlaku jauh berbeza,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.