JPNJ lapor polis peserta mendaki Gunung Panti tanpa permit

JPNJ lapor polis peserta mendaki Gunung Panti tanpa permit

KEMASUKAN ke kawasan pendakian dan rekreasi di Hutan Simpanan Kekal Panti tanpa permit merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 47 Akta 313.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Satu laporan polis dibuat Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) susulan terdapat aktiviti mendaki Hutan Simpan Kekal Gunung Panti tanpa permit pada 20 Disember lalu. 

JPNJ dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima aduan awam melalui email berkaitan aktiviti berkenaan.

Hasil semakan jabatan itu mendapati gambar aktiviti berkenaan telah dimuatnaik ke laman sesawang Facebook di atas nama Austin Glenn-Hiking Johor dengan anggaran 18 orang peserta.

“Kawasan pendakian dan rekreasi di Hutan Simpanan Kekal Panti adalah di bawah pengurusan atau seliaan jabatan itu di mana disyaki peserta telah memasuki ke hutan tersebut tanpa permit yang sah.

“Kemasukan ke kawasan tersebut tanpa Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 47 Akta 313.

“Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya denda dan penjara,” katanya.

JPNJ juga memohon kepada mana-mana peserta yang terlibat untuk tampil memberikan keterangan dan rakaman percakapan dalam tempoh satu minggu.

Tindakan lanjut akan diambil pihak jabatan kepada peserta yang terlibat mengikut undang-undang sedia ada bagi memastikan perkara ini tidak berulang bagi pencerobohon di dalam Hutan Simpanan Kekal.

JPNJ turut menasihatkan orang awam agar mematuhi perundangan dan peraturan yang ditetapkan berkaitan kemasukan ke dalam mana-mana kawasan dalam Hutan Simpanan Kekal. 

Jelasnya, segala aktiviti pendakian dan rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal  perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal yang sah sebelum aktiviti tersebut dijalankan.

Sementara itu Pengarah Perhutanan Negeri Johor, Datuk Salim Aman ketika dihubungi mengesahkan kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya