Jakim buat garis panduan gelaran pendakwah TV - Utusan Malaysia

Jakim buat garis panduan gelaran pendakwah TV

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia menawarkan garis panduan bagi mengawal gelaran panggilan digunakan pendakwah peserta program realiti televisyen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya sedia bantu stesen penyiaran terbabit dalam memastikan gelaran itu tidak jejas ajaran Islam.

“Kita sedia menyemak jika ada keperluan untuk menyediakan semacam satu garis panduan tegas bagi penggunaan gelaran atau panggilan tertentu digunakan peserta terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian amanat kepada 57 pegawai penyelidik baharu lantikan kontrak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Yang turut hadir Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Luqman Abdullah.

Negara digemparkan dengan penahanan seorang pendakwah selebriti yang ketika ini masih dalam tahanan reman berhubung kes salah laku seks. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya